Untuk menjamin kita Iltizam dengan Islam sepenuhnya,
kita perlulah bersama-sama jamaah. Jamaah yang benar-benar ingin melaksanakan
Islam. Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Huzaifah yang bermaksud, “Hendaklah
kamu berada bersama-sama jamaah Islam dan kepimpinan mereka.”
Ibn mas’ud menjelaskan tentang jamaah, katanya,
“Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri.”
Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sabdanya,
bermaksud:
“Seiapa yang keluar daripada garis Islam maka ganjillah
ia di dalam neraka.”
Hadith ini membawa erti bahawa Islam itu bersama jamaah
dan imam mereka. Tanpa jamaah tiadalah Islam yang syumul. Oleh itu kita ingin
berada dalam kumpulan-kumpulan yang benar-benar mengambil ajaran Islam yang
dibawa oleh Rasulullah SAW. Mughirah Bin Syu’bah pernah meriwayatkan daripada
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sentiasa akan ada satu kelompok (thaifah) di kalangan
umatku ini yang
sentiasa lahir membawa kebenaran sehingga datang perintah
Allah SWT,
iaitu Hari Qiamat. Kumpulan ini akan ada bila-bila masa
sehingga
Allah SWT memusnahkan alam ini.”
Kumpulan ini tetap ada. Kita perlu mencari untuk
menyertainya. Apabila kita bersama-sama kumpulan ini, berulah kita dapat
malaksanakan Islam secara syumul. Firman Allah SWT:
“Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan
kepada mereka kitab, hikmah dan kenabian. Jika orang-orang (Quraisy) itu
mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang
sesekali tidak mengingkarinya.”- Surah al-An’am: ayat 89
“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi pertunjuk
oleh Allah, maka ikutilah mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepadamu
dalam menyampaikan da’wah ini. Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan
untuk seluruh alam.”
-Surah al-An’am: ayat 90
Akan kedapatan kumpulan yang ingin menyambung risalah
Islam ini. Sekiranya da’wah ditolak di suatu tempat maka di tempat lain da’wah
itu diterima. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Baginda ditolak di Makkah
tetapi diterima di Madinah. Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa inilah
jalan yang perlu dilalui. Kita akan menurutinya tanpa banyak soal dan bicara.
Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Kita yakin dengan penuh terhadap
baginda.
Jamaah yang menjaga, iltizam dan intizam dengan Islam
itulah yang perlu kita berada di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Umat Nasrani akan berpecah kepada 71 puak, umat Yahudi
akan berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Hanya
satu puak sahaja yang akan selamat.” Tanya para sahabat, “Puak yang manakah
yang akan berjaya Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kumpulan yang mana aku dan
sahabat-sahabatku berada di atasnya.”
Hadith ini menjelaskan bahawa kumpulan yang berjaya
ialah kumpulan yang benar-benar mengikut Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat
baginda. Kumpulan yang lain tidak akan berjaya. Kejayaan sebenarnya hanya
ditentukan oleh Allah SWT. Manusia hanya berkewajipan berusaha dan Allah yang
menentukan natijah.
Kita hanya berusaha dan bertawakkal
Generasi Al Qur’an pertama, iaitu para sahabat RA, ada
antara mereka yang belum sempat melihat natijah Islam tetapi telah sanggup
disiksa dan dibunuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan Islam
dan mewujudkan masyarakat yang menepati kehendak Allah SWT. Mereka bersabar
dalam melaksanakan tuntutan aqidah. Apabila keluarga Yasir telah disiksa maka
Rasulullah SAW yang melalui tempat dia disiksa berkata, “Bersabarlah wahai
keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Jannah.”
No comments:
Post a Comment