Sheikh Nazrul Nasir, 20.8.14
Masjid Sharifah Fatimah
Imam Abu Hanifah yg ada dalil kata halal, baru halal
Imam Syafie, dalil tiada kata itu haram, maka itu halal.
Imam Malik, antara haram dan halal itu jelas.
Banyak org yg tidak mengetahui tentang syubhat. Sebahagian ulama kata syubhat itu haram. Siapa yg berjaga2 dlm perkara syubhat, maka dia menyelamatkan agama dan maruah dirinya.
Jangan buat perkara org boleh tohmah kpd kita. Bermudah2 kpd benda syubhat, bimbang dia akan bermudah2 dgn perkara2 yg haram.
Pandangan ulama ttg apa yg terbentuk dahulu
1. Hati
2. Otak
3. Jantung
Hadith Ketujuh
Agama itu Nasihat. Antara rukun yg besar dalam Islam adalah Nasihat.
"Sebuah coretan melunaskan yang terbuku di fikiran untuk tatapan setiap insan. Moga usaha yang kecil dan berterusan ini mampu menjentik secebis kesedaran dan anjakan buat bekalan sebelum ajal menjemput di penghujung jalan untuk kembali bertemu Tuhan."
Monday, November 24, 2014
Thursday, October 16, 2014
Kuliah SEHATI
Ust Abu Khair : Hudud
Perang Uhud ialah perang yg ke 13. 'Asim bin Thabit dapat bunuh 3 beradik serentak. Nabi s.a.w teruskan dakwah, hantar 6 org ke Bani..... ditahan oleh Bani Uzail, diberi pilihan nak ikut atau nak mati. 'Asim bin Thabit tetap nak melawan, kalau nak buat dia buat sungguh2.
Dia berdoa "ya Allah, jagalah daging dan kulitku drpd puak ini"
Selepas beliau mati, mereka ingin ambil kepalanya utk diberi kpd ibu 3 beradik yg dibunuh, tetapi tidak boleh sebab ada binatang kecil, dan lebah hurung jenazah. Kemudian hujan lebat turun, dan jenazahnya hilang.
Hudud :
1) Zina
Yg dah kawin, hudud hukumannya adalah rejam, jika belum kawin, sebat
Tidak diambil kira atas umatku atas 3 perkara :
1. Tersilap
2. Terlupa
3. Dipaksa
3 - syubhat, x dikenal pasti
4 - hukum rejam sabit dgn 2 keadaan, mengaku & ada bukti.
5. Mengaku dgn kalimah yg jelas. Tidak boleh berlapik2 perkataannya. Mengaku sekali sahaja, jika ditarik balik, perlu terima.
4. Bukti. Perlu ada 4 org saksi yg adil, yg tidak memandang ringan dosa2 yg kecil. Keempat2 perlu ada keterangan yg jelas dan nyata, sama sesama keempat2nya.
Siapa yg mndatangi isteri dari arah dubur, maka haram hukumnya. Buat dgn binatang, dia dikena hukum ta'zir, dan tiada hukum hudud.

Monday, September 1, 2014
Kuliah Zohor Ust Zakir Majid
Pastikan brg niaga kita betul2 halal,
Yadan biyadin - serah dan terima.
Pastikan ada panel syariah yg meluluskan.
Bkn kira keuntungan, tp tgk halal atau tidak.
Klu keuntungn dtentukan, msuk rm1000 dpt rm1000, maka haram hukumnya.
Setiap hari di hdpn pntu rumah, Rabiatul Adawiyah pesan kt ayhnya, carilah yg halal utk beri mkn kpd kami.
Azab harta benda kpd mnusia, sblm mati dah ada org brebut hrtanya.
"Siapa yg bngunkn kmi dr tidur km"- surah yaasin, bg siapa yg dpt nikmat dlm kubur, akan brasa rugi dbangkitkn setelah mati.
Perniagaan yg dpt mnyelamatkn diri drpd azab api neraka Allah.
Sesiapa yg dpt mghmpunkan 3 prkara ini, sgala bhg iman ada dlm diri kita.
1. Myedari hakikat diri.
- lupa asal usul
2. Mengekalkn keselamtan bg seluruh alam
3. Suka menderma wlopun dlm keadaan faqir
Wednesday, August 6, 2014
Matan Arbain : Nota Kaki
6.8.14 : Masjid An Nur
Ust Nik Amran
Matan yg pendek namun maknanya amat luas.
Istilah : jami' mani'
Kelebihan Nabi : Jawami'ul kalim. Katanya pendek tapi maknanya luas.
Nikah : sesiapa yg telah berkahwin, telah menyempurnak separuh drpd agamanya. Selebihnya bertaqwalah kpd Allah Taala.
Sufian bin Abdullah. Bertanya ttg suatu benda yg bila ditanya sudah mencukupi baginya. Diterangkan oleh Nabi.
Sabda Nabi, katakanlah: aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
H.R Muslim.
Jalani hidup bukan dgn kehendak kita, tetapi dgn kehendak Allah. Khairul amali
"Sebaik2 amalan ialah yg sedikit tetapi berterusan"
Islam adalah iman dan keimanan. Beriman tapi tidak beramal tidak sempurna. Amalan tanpa iman pula adalah sia2.
Org yg beriman tetapi berdosa tetap akan diazab dahulu sebelum masuk ke Syurga.
Org yg tak beriman tapi buat kebaikan, ALLAH gantikan kebaikannya dgn kesihatan, tiada lagi dah kebaikan utknya di akhirat. Allah tiada mengampunkan dosa org2 yg syirik. Kafir melainkan beriman kpd Allah.
Istighfar sekurg2 70x, mengikuti sunnah Nabi, disamping berselawat kpd Nabi SAW. Nabi sbnrnya hidup, dpt mendengar setiap selawat yg dibacakan.
Jangan hanya mengaku beriman kpd Allah tanpa diikuti dgn amalan kpd Allah. Kepatuhan kpd Allah.
Hadith siapa yg menyebut kalimah LailaahaillaAllah masuk ke syurga, bkn hanya berkata semata. Tetapi perlu diikuti dgn amalan2 lain.
Keimanan dlm hati hanya antara dia dan Allah, tetapi mesti mengikrarkan keimanannya kpd Allah.
Tawriyah : Dalih seseorang utk mnyelamatkan diri.
1. Hijrah Nabi dgn Abu Bakar, kamu drpd mana? Aku drpd air
2. Nabi Ibrahim mengatakan isterinya sebagai saudara
Perbaharuilah imanmu dgn menyebut kalimah Laailaha illaAllah. Takut jika tergelincir iman, boleh diperbaharui iman.
Tabligh : fikir, sebut kehebatan Allah, zikir, syukur, sabar
Sabar dgn ketaatan, sabar menjauhi yg Allah larang

Tuesday, July 29, 2014
Innama bu'istu li utammima makarimal akhlak
Tn Syeikh Yusuf Ahmad
Masjid An-Nur, IPDA
:Nota Kaki
Quran bca jadi ibadat. Satu huruf jd 70. Ganjaran disedia Allah d bln RAMADHAN.
Tarikh diturunkn Quran, dlm dua keadaan
Abdullah bin Abbas, Quran dtrunkn skali gus dr luh mahfudz d mlm qadr. 10 mlm trakhir, ttapi pndpt kuat ulama kata mlm 27. Turun ikut turutan pristiwa. 6666 ayat quran dh turun lngkap pd mlm qadr.
6 Ogos 610M
17 Ramadhan ayat pertama dturunkn.
"Bacalah dgn nma Tuhanmu." ---> tuntutlah ilmu sblum apa2 kefardhuan. Mn mngkn ibadat kta dtrima tnpa ilmu. Ilmu wajib dtuntut krn Allah.
Allah ajar Nabi ADAM nama2 d dlm syurga. Kpntingan tntut ilmu. Mengaji krn Tuhan. Rasa sbg hmba kpd Allah. Manusia akan dpt kberkatan. Apabila smuanya krn Allah.
Imam ibn qayyim - hati samada jd sggah sna utk tuhan, atau sggah sna utk syaitan.
Hikmah pnurunan al Quran
1. Sbg ptunjuk - Allah bg panduan utk sgala prkara.
2. Mnjd pedoman/panduan hidup
3. Sbg peringatan
4. Sbg penawar
5. Pmisah antara benar dan salah
6. Pemberi khabar gmbira dan menakutkan.
7. Pembawa rahmat
Saat Al Fatihah turun, iblis menjerit skuat Nabi MUHAMMAD dilahirkan. Dua kali syaitan tumbang, waktu Nabi lahir dan ketika Al Fatihah turun.
Makan mkanan org bertaqwa, d rumah, mkn mskn bini atau emak. Bca bsmillah. Selawat.
Wktu brcinta kelahi, kwin pun kelahi. Xdak asas. Buat smua krn Allah.
Molekul ayaq brubah mngikut kata2 mnusia. I love u, molekul cantik spt pearl.
Kluarkan aura positif, kna ikhlas, bersih hati. Barulah yg kluar itu indah.
Bkn yg dikata cantik itu cantiknya pakaian yg dikenakan pada tubuh kita tetapi cantiknya akhlak dan adab dlm diri kita.
Nak mnikah cari yg puncanya elok. Cek bakal tok besan. Hancuq rumah tangga jika tiada asas agama.
Dunia kta mnx satu, akhirat kta mnx 2.
Ciri insan cmerlang mnurut Islam
1. Beriman
2. Berilmu
3. Beramal
4. Berakhlak mulia
Guru dlu2 dhormati msyrkt, brmkna hormat pd ilmu.
Nabi mnx rotan, sbg pringatan. Pencegahan drpd Allah. Berkat dr Allah. Nak jadi cikgu, hati perlu dibersihkan selalu.
25% psngn berkawin ambik anak x sah taraf. Bila tggl quran, trimalah sgala bahana.
Sediakan generasi murabbi yg hebat.
Innama bu'istu mu'alliman. Sesungguhnya ak diutuskan utk mnjd guru.

Friday, July 18, 2014
Nama-nama Lailatul Qadr
Masjid Muttaqin
Ustaz Ahmad Abdullah
(Short note version: Inkpad Note)
Lailatul 'ato', lailatul ghufran, mlm gnjrn, mlm interaksi antra pnduduk bumi dgn Allah, mlm yg penuh dgn puji2an kpd Allah, lailatul salam, mlm penuh dgn keamanan.
Ibn Abas, "klu al-quran dbwa dlm 1 juzu' dlm 1 mlm, mlaikat Jibrail mngimlak sdikit demi sdikit kpd Nabi Muhammad.
Nama2 Lailatul Qadr.
1. Lailatul hukm, lailatul taqdir, mlm mmbuat kputusan dan mlm mmbuat ktntuan pd thun yg akn dtg, rezki kta, hatta hj kita pd tahun sterusnya.
2. Lailatul qadr, krn keagungannya, kmuliaan, ketaatan sgt bsr nilainya.
Klu mlm ini trlepas, mlm sterusnya tdk mgkn dpt mnandingi mlm trsebut.
Mnsia2kn waktu d mlm Ramadhan lebih dhsyat drpd mati. Memutuskn hubungan Allah dgn kita.
Wktu adalah pling brhrga bg org mukmin. Dr segi Islam itu sndiri.
Nabi tarik tilam apabila tiba 10 mlm trakhir. Gerakkn ahli kluarga utk solat. Nabi sntiasa dlm ibadat di hjung Ramadhan.
Bila masuk Ramadhan, Nabi kta pucat krn kuatnya ibadat solat dan bca Quran. Nabi mnghidupkn mlm akhir Ramadhan.
3. Abu Bakar Al Warras, ulama tasawwuf. Org yg tiada nilainya ktika masuk mlm trakhir Ramadhan, kcuali dgn solat.
4. Unzila fil kitab, mlm diturunkn Al Quran. Tiada tolak bndingannya di sisi Allah.
Shbt stiap 3 mlm khatam skali, bca sndiri. 10x khatam Quran. Jika Al Quran sgt brnilai kpd Nabi, mka umatnya pun turut kena mengikutinya.
5. Mlm turunnya Malaikat utk bribadah yg jga ingin dptkn jga Lailatul qadr
6. Mlm yg Allah turunkan banyak sekali rahmat-Nya.
Dsunatkan tidk brcerita bila brjumpa Lailatul Qadr. Imam Nawawi jmpa Lailatul Qadr ktika umur 7 tahun, gerak ayahnya dr tido bila bliau nmpk cahaya penuh dlm rumahnya.
7. Sahal bin ABDULLAH Kusturi, Allah dah tntukan rahmat-Nya khusus utk org mukmin. Mahrum- org yg diharamkn kebaikan di bln Ramadhan.
Siapa yg sama nilai hari ini dan kmarin, mka itu adalah maghbudin, org yg rugi. Kemarin 2 muka harini 1 muka, maka mahrum, jauh rahmat drinya.
Umrah bln Ramadhan, 1000x lebih baik umrahnya. Nabi - siapa yg p umrah bln Ramadhan, sma nilainya dgn Haji.
8. Khalil- mlm itu sempit, tiada ruang apabila malaikat turun memenuhi bumi.
Imam Qurtubi. Tdk digelar org zmn dahulu 'abid klu dia x ckup solatnya slma 1000 bln.
Krajaan Nabi Sulaiman 500 bln.
Hadith - puasa mn yg lebih afdhal, puasa d bln ramadhan. Slepas itu, syaaban. Sedeqah mana yg lebih afdhal? Pd bln Ramadhan.
D bln Ramadhan, Nabi selalu bertadarus dgn malaikat Jibrail.
Doa d bln Ramadhan. Jadikan ramadhan ini sbg amanah, dan tolak sbrng pnyakit, dan kami ibadat, kuat solat, kuat qiam, kuat bca quran, sejahterakn kami, beri rahmat kpd kami, dan Engkau...
Siapa yg isi mlm qadar, dgn solat, quran, dgn penuh keimanan, kesabaran dan ketaqwaan, dan mnghrap balasan dr Allah. Allah ampunkan dia dan dibebaskan drpd api neraka.
Ciri2 lailatul qadr.
Mlm itu cuaca pg itu sndiri spt terbitnya fajar sodiq. Tdk trlalu panas chya matahari yg memancar. Air laut x masin.
Bersedihlah bila tiba d hjung Ramadhan. Sebut inna lillahi wa inna ilaihi rojiun d hujung, mlm raya.

Monday, February 10, 2014
Perlunya Jama’ah
Untuk menjamin kita Iltizam dengan Islam sepenuhnya,
kita perlulah bersama-sama jamaah. Jamaah yang benar-benar ingin melaksanakan
Islam. Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Huzaifah yang bermaksud, “Hendaklah
kamu berada bersama-sama jamaah Islam dan kepimpinan mereka.”
Ibn mas’ud menjelaskan tentang jamaah, katanya,
“Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri.”
Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sabdanya,
bermaksud:
“Seiapa yang keluar daripada garis Islam maka ganjillah
ia di dalam neraka.”
Hadith ini membawa erti bahawa Islam itu bersama jamaah
dan imam mereka. Tanpa jamaah tiadalah Islam yang syumul. Oleh itu kita ingin
berada dalam kumpulan-kumpulan yang benar-benar mengambil ajaran Islam yang
dibawa oleh Rasulullah SAW. Mughirah Bin Syu’bah pernah meriwayatkan daripada
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sentiasa akan ada satu kelompok (thaifah) di kalangan
umatku ini yang
sentiasa lahir membawa kebenaran sehingga datang perintah
Allah SWT,
iaitu Hari Qiamat. Kumpulan ini akan ada bila-bila masa
sehingga
Allah SWT memusnahkan alam ini.”
Kumpulan ini tetap ada. Kita perlu mencari untuk
menyertainya. Apabila kita bersama-sama kumpulan ini, berulah kita dapat
malaksanakan Islam secara syumul. Firman Allah SWT:
“Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan
kepada mereka kitab, hikmah dan kenabian. Jika orang-orang (Quraisy) itu
mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang
sesekali tidak mengingkarinya.”- Surah al-An’am: ayat 89
“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi pertunjuk
oleh Allah, maka ikutilah mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepadamu
dalam menyampaikan da’wah ini. Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan
untuk seluruh alam.”
-Surah al-An’am: ayat 90
Akan kedapatan kumpulan yang ingin menyambung risalah
Islam ini. Sekiranya da’wah ditolak di suatu tempat maka di tempat lain da’wah
itu diterima. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Baginda ditolak di Makkah
tetapi diterima di Madinah. Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa inilah
jalan yang perlu dilalui. Kita akan menurutinya tanpa banyak soal dan bicara.
Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Kita yakin dengan penuh terhadap
baginda.
Jamaah yang menjaga, iltizam dan intizam dengan Islam
itulah yang perlu kita berada di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Umat Nasrani akan berpecah kepada 71 puak, umat Yahudi
akan berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Hanya
satu puak sahaja yang akan selamat.” Tanya para sahabat, “Puak yang manakah
yang akan berjaya Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kumpulan yang mana aku dan
sahabat-sahabatku berada di atasnya.”
Hadith ini menjelaskan bahawa kumpulan yang berjaya
ialah kumpulan yang benar-benar mengikut Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat
baginda. Kumpulan yang lain tidak akan berjaya. Kejayaan sebenarnya hanya
ditentukan oleh Allah SWT. Manusia hanya berkewajipan berusaha dan Allah yang
menentukan natijah.
Kita hanya berusaha dan bertawakkal
Generasi Al Qur’an pertama, iaitu para sahabat RA, ada
antara mereka yang belum sempat melihat natijah Islam tetapi telah sanggup
disiksa dan dibunuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan Islam
dan mewujudkan masyarakat yang menepati kehendak Allah SWT. Mereka bersabar
dalam melaksanakan tuntutan aqidah. Apabila keluarga Yasir telah disiksa maka
Rasulullah SAW yang melalui tempat dia disiksa berkata, “Bersabarlah wahai
keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Jannah.”Sunday, January 26, 2014
PERMASALAHAN SEBENAR
Masalah terbesar
Masalah yang dihadapi umat Islam kini bukan sekadar keruntuhan akhlak,
kelalaian melaksanakan ibadah khususiyyah, meringan-ringankan pelaksanaan
upacara agama atau meniru-niru nilai-nilai asing. Namun masalah terbesar dan
utama ialah samada manusia beriman atau tidak kepada Allah dan prinsip-prinsip
keimanan yang lain. Permasalahan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat
terus hidup atau ditinggalkan usang tanpa dipelihara.
Islam dan umatnya diserang
Al-Islam adalah risalah daripada Allah SWT. Kini Islam bertembung dengan
nilai barat dan timur yang bercirikan jahiliyyah. Keangkuhan fahaman mulhid
(athiest) pula telah berdiri di pihak penentang syari’at Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.
Jiwa dan pemikiran umat Islam sepanjang abad lalu menjadi mangsa buruan
pihak musuh. Musuh telah memainkan peranan penting meruntuhkan nilai-nilai
Islam dan mengetengahkan nilai-nilai batil dengan berbagai-bagai cara. Selama
ini umat Islam hanya menjadi penonton menyaksikan keruntuhan
itu. Umat Islam tidak mempedulikan segala fitnah yang dijalankan oleh musuh.
Masa umat yang terbuang
Umat Islam tidak berusaha untuk memahami cara musuh mengambil peluang dan
menjalankan usaha memesongkan pemikiran mereka. Umat Islam tidak menyelidiki
dan meneliti falsafah barat, falsafah timur dan cara hidup mereka secara
kritikal. Masa umat Islam telah terbuang selama beberapa abad membicarakan
perkara remeh temeh. Persoalan aqidah yang terancam dilupakan hingga lahir satu
generasi yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang begitu tipis terhadap Islam
sebenar.
Anggapan yang salah
Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal
politik dan yang berkaitan dengannya semata-mata. Hal ini terjadi kerana
meluasnya anggapan bahawa keimanan umat telah kukuh dan teguh. Juga luasnya
anggapan bahawa kepimpinan dan pemerintahan sudah berada di tangan orang Islam
yang dikatakan bertanggungjawab untuk membangunkan ummah.
Hakikat sebenarnya
Hakikat sebenarnya adalah berbeza daripada anggapan-anggapan tadi. Umat
yang dikatakan teguh dengan keimanan itu sedang mengalami keruntuhan moral dan
rohani yang tenat. Umumnya, mereka yang dikatakan berpendidikan dan berpengaruh
telah terpesong imannya dan dipengaruhi serta diresapi oleh nilai-nilai
jahiliyyah, meskipun mereka mendakwa beriman dan berada dalam Islam. Mereka
menjadi penentang aqidah Islam dengan membuat kenyataan bahawa nilai-nilai
Barat mesti digunakan untuk membentuk masyarakat. Jika tidak berbuat demikian,
kehidupan masa depan masyarakat dikatakan tidak akan terjamin.
Berasaskan semangat ini mereka memproses dan mengembangkan cara hidup
jahiliyyah di hadapan umat Islam. Mereka menjerumuskan umat ke lembah mulhid,
cintakan dunia serta takutkan mati. Ada di kalangan mereka yang melakukan
proses ini secara agresif dan ada juga yang melakukannya secara beransur-ansur.
Namun matlamat mereka tetap satu.
Dimanakah ulama’ dan pemimpin masyarakat?
Mungkin timbul soalan - selama ini, apakah usaha para ulama’ dan pemimpin masyarakat untuk menghadapi cabaran di
depan mata mereka? Di kalangan mereka, umumnya terdapat dua golongan, iaitu:
1. Golongan yang menentang habis-habisan
semua bentuk kemajuan baru dan anti dunia, tanpa mencari sebab mengapa pemimpin
yang mengaku Islam itu berminat dan cenderung terhadap mulhid. Golongan ini
tidak berhubung dengan pemimpin yang mengaku Islam itu dan tidak memperbaiki
aqidah batilnya .
2. Golongan yang berganding bahu dan
berkerjasama dengan pemimpin yang mengaku Islam demi mendapatkan keuntungan
duniawi. Mereka tidak langsung memberi perhatian untuk membetulkan aqidah
pemimpin itu. Golongan ini tidak mempunyai sebarang risalah yang hendak
disampaikan kepada masyarakat. Mereka tiada ‘izzah (kebanggaan)
yang hendak ditonjolkan. Mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah
untuk memperbaiki dan membentuk semula ummah Islamiah.
Apakah yang perlu dilakukan?
Berasaskan realiti di atas, adalah penting lagi mendesak sekarang ini
untuk berusaha mengembalikan muslim kepada aqidah yang sahih.Kejayaan bagi
usaha-usaha ini hanya akan dapat dicapai dengan penyelidikan mendalam,
kebijaksanaan dan ketabahan. Adalah tidak wajar usaha-usaha itu dilakukan
dengan tergesa-gesa, penuh dendam dan kemarahan.
Islam hari ini memerlukan pejuang-pejuang dan pekerja-pekerja.
Pejuang-pejuang yang benar-benar beriman, yang sentiasa bersedia untuk
berkorban dengan sepenuh tenaga, harta dan jiwa. Pejuang-pejuang Islam bersedia
menggunakan segala kemampuan yang dimiliki untuk mencapai matlamat yang besar.
Oleh itu satu penyusunan yang sempurna, kuat dan kukuh diperlukan.
Penyusunan yang berdaya dan berkemampuan untuk mengabdikan pemuda dan pemudi
yang berpendidikan kepada Islam dalam erti kata yang
luas. Penyusunan yang membebaskan mereka daripada belenggu rantai yang sekian
lama telah mencengkam.
Sejarah akan berulang
Kini, tidak ada ibadah yang lebih utama melainkan usaha membebaskan
masyarakat daripada kekeliruan dan perhambaan yang telah berakar umbi dalam
jiwa. Segala ciri kekufuran dan jahiliyyah yang begitu lama ditanam dalam
pemikiran dan jiwa harus dibersihkan agar yang haq dapat
bertapak dengan mudah.
Untuk matlamat ini Islam memerlukan du’at (penda’wah-penda’wah) yang bertaqwa di
segenap penjuru dunia Islam. Du’at yang tidak mungkin
akan meninggalkan perjuangan mereka hingga ke akhir hayat.
Sejarah telah membuktikan bahawa para pejuang dan du’at yang seperti inilah sahaja yang dapat berkhidmat
untuk Islam di sepanjang hayat mereka demi mengembalikan Islam ke tempat yang
adil. Sejarah sentiasa berulang dan akan berulang lagi. Sejarah akan
menyaksikan bahawa kesungguhan, kebijaksanaan, kegigihan dan ketekunan
melaksanakan da’wah dimiliki oleh mereka yang faham dan
menerima hakikat kebenaran serta kekuatan Islam.
Allah SWT menciptakan manusia yang berwibawa
Allah SWT adalah Pengatur, Pencipta dan Pemilik alam ini. Allah SWT
mempunyai kerajaan yang besar dan bahagian-bahagian kerajaan-Nya yang tiada
batasan. Dia telah mencipta manusia di satu bahagian alam yang disebut ‘bumi’. Makhluk manusia
ciptaan-Nya dilengkapi dengan kemampuan berfikir. Diberikan-Nya ilham untuk
membezakan antara yang baik dan yang batil. Diberikan-Nya berbagai-bagai
kebebasan dalam mencapai kehendak dan kemahuan seizin-Nya. Diberikan-Nya
kekuasaan untuk mengulangi urusan menurut kesukaannya seizin-Nya. Diberikan-Nya
kedudukan sebagai khalifah di bumi.
Manusia tidak boleh lari daripada tugas yang
Allah taklifkan
Sewaktu Allah SWT memberikan kedudukan yang penting kepada manusia di
bumi, telah ditanzilkan-Nya ke dalam lubuk hati manusia pengertian-pengertian
berikut:
1. Bahawa Aku (Allah) Rabbmu dan Rabb
seluruh alam ini. Aku Penciptamu dan Pencipta alam ini. Aku Pengaturmu dan
Pengatur alam ini. Di dalam kerajaan-Ku ini janganlah kamu lepas bebas dan
bertindak sesuka hatimu. Janganlah kamu menjadi hamba kepada yang lain selain
daripada Aku. Aku berikan kepadamu bermacam-macam kebebasan di dunia ini hanya
untuk suatu waktu tertentu sahaja. Setelah waktu itu berakhir kamu akan kembali
kepada-Ku dan Aku akan periksa setiap apa yang telah kamu lakukan. Aku akan
berikan keputusan siapa berjaya dan siapa gagal. Ingatlah, sebaik-baik jalan
yang kamu perlu lalui di dunia ialah jalan di mana kamu mengambil Aku sebagai
Rabb-mu Yang Tunggal. Jalan di mana kamu hidup menurut pertunjuk-Ku. Jalan di
mana kamu benar-benar sedar bahawa dunia adalah medan ujian dan matlamatmu yang
hakiki ialah kemenangan di akhirat.
2. Bahawa jalan-jalan lain, selain daripada
jalan-Ku, adalah sia-sia dan sesat. Apabila kamu mahu menempuh jalan-Ku ini,
kelak kamu bukan sahaja akan menikmati kesenangan duniawi bahkan Aku akan
berikan ganjaran di waktu kamu kembali kepada-Ku, iaitu suatu tempat bernama
syurga. Di situ kamu akan menikmati kesenangan abadi dan kepuasan berpanjangan
tanpa susah payah atau sukar. Sebaliknya jika kamu mahu menempuh jalan lain,
selain jalan-Ku, maka kelak kamu bukan sahaja akan merasakan keluh kesah dan
menderita dengan bala bencana serta kerosakan di bumi, seperti yang berlaku di
hari ini, bahkan di waktu kamu telah menyeberang daripada alam dunia ke alam
akhirat, kamu akan memasuki jurang neraka dan merasa azab siksa abadi. Di situ
kamu akan menderita berpanjangan dan berduka nestapa tidak berpenghujung dan
tidak berakhir.
Friday, January 17, 2014
PRK Membentuk Kepimpinan Masa Depan
Pilihanraya Kampus tiba lagi, kali ini memperlihatkan penglibatan tokoh-tokoh pimpinan yang hebat-hebat belaka, baik di peringkat AMT dan juga AMM. Suatu corak perubahan iklim kepimpinan yang baik telah berlaku sejak kebelakangan ini.
Bila menyebut pilihanraya, ada yang beranggapan bahawa inilah masanya untuk menonjolkan diri, menjual populariti dan berkempen sesuka hati. Namun, di sebalik pilihanraya ini, tersingkap suatu matlamat jangka masa yang panjang di setiap diri calon yang bertanding.
Kepimpinan di zaman Mahasiswa melatih kepimpinan masa depan untuk mencorak suatu perubahan cara fikir yang selaras dengan perubahan zaman. Kita lihat betapa besar jurang perbezaan corak pemikiran pemimpin antara golongan tua dan muda. Golongan veteran lebih kepada cara lama dalam istilah "slow and steady". Kita lihat pula rentak golongan muda yang agresif, proaktif dan semangat. Jadi kedua-duanya perlu digabungkan supaya keseimbangan yang wujud tidak menghalang proses perubahan itu berlaku.
Pada zaman kampus inilah masa yang amat sesuai untuk mahasiswa melatih kepimpinan diri supaya dapat bersedia apabila berkhidmat dalam masyarakat kelak. Kepimpinan kampus hanya dikira berapa peratus sahaja kepayahan dan cabarannya berbanding alam realiti apabila duduk dalam masyarakat kelak. Maka amat penting bagi setiap mahasiswa itu melatih diri bermula di zaman kampus supaya tidak terkena kejutan budaya apabila mula berkhidmat di alam pekerjaan yang sebenar nanti.
Dalam diri setiap mahasiswa perlu ada perasaan dan niat untuk mengubah masyarakat ke arah yang lebih maju, sedar dan berdaya saing antara satu sama lain. Seiring dengan pemodenan dunia ini, corak pemikiran masyarakat juga perlu maju dan tidak ketinggalan. Kepada calon-calon yang sedia bertanding ataupun pernah menjadi perwakilan kampus, tahniah dan syabas diucapkan. Gunalah bakat dan kelebihan anda untuk menjadi agen perubahan masyarakat kelak.
Salam PRK.

Wednesday, January 1, 2014
Sepuluh Wajah Mengenal Diri
Berkata Sheikh Al-'Arif Billah 'Izzuddin 'Abdu Salam Bin Ahmad Bin Ghanim Al-Maqdisi RadhiyaAllahu 'Anhu dalam kitabnya "Hillul Rumuz Wa Maftihul Kunuz" ada sepuluh wajah untuk mengenal diri sebelum kita mengenal pencipta yakni Allah s.w.t. Bertepatan dengan hadith "من عرف نفسه فقد عرف ربه" Barangsiapa yang Mengenal Dirinya, Maka Dia Mengenal Allah.
Bermula wajah yang pertama : Ialah bermula Al-Haikal Insani (bangunan tubuh manusia) iaitu tatkala berkehendak ia kepada مدبِّر (pentadbir) dan محِّرك (penggerak) dan roh (penggerak tubuh) inilah yang mentadbirkan ia dan menggerakan dia nescaya mengetahui oleh kita bahawa 'alam ini tidak dapat tidak daripada ada مدبِّر dan محِّرك (Allah Taala).
Wajah yang kedua : Tatkala adalah مدبِّر الجسد itu satu iaitu roh maka mengetahuilah kita bahawa مدبِّر العالم (pentadbir 'alam) ini Esa tiada syarik (sekutu) bagi-Nya pada tadbiran-Nya dan Taqdir-Nya, tiada harus bahawa ada baginya syarik yakni yang menyekutui dalam pemerintahan-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)