Wednesday, January 1, 2014

Sepuluh Wajah Mengenal Diri

Berkata Sheikh Al-'Arif Billah 'Izzuddin 'Abdu Salam Bin Ahmad Bin Ghanim Al-Maqdisi RadhiyaAllahu 'Anhu dalam kitabnya "Hillul Rumuz Wa Maftihul Kunuz" ada sepuluh wajah untuk mengenal diri sebelum kita mengenal pencipta yakni Allah s.w.t. Bertepatan dengan hadith "من عرف نفسه فقد عرف ربه" Barangsiapa yang Mengenal Dirinya, Maka Dia Mengenal Allah.

Bermula wajah yang pertama : Ialah bermula Al-Haikal Insani (bangunan tubuh manusia) iaitu tatkala berkehendak ia kepada مدبِّر (pentadbir)  dan محِّرك (penggerak) dan roh (penggerak tubuh) inilah yang mentadbirkan ia dan menggerakan dia nescaya mengetahui oleh kita bahawa 'alam ini tidak dapat tidak daripada ada  مدبِّر dan محِّرك (Allah Taala).

Wajah yang kedua : Tatkala adalah  مدبِّر الجسد itu satu iaitu roh maka mengetahuilah kita bahawa  مدبِّر العالم (pentadbir 'alam) ini Esa tiada syarik (sekutu) bagi-Nya pada tadbiran-Nya dan Taqdir-Nya, tiada harus bahawa ada baginya syarik yakni yang menyekutui dalam pemerintahan-Nya.

 

No comments:

Post a Comment