Sunday, February 8, 2015

Dilema Sang Arjuna

Nikahilah Wanita Kerana 4 Perkara

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a: Dari Nabi saw. beliau bersabda: "Wanita itu dinikahi karena empat perkara; kerana harta bendanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, maka kamu akan beruntung."

(Shahih Muslim No.2661)

Sememangnya fitrah manusia itu ingin mencari yang terbaik untuk dirinya. Menyebut soal pasangan hidup, kadangkala ianya menjadi suatu perkara yang seronok dibincangkan, iyalah.. apabila semuanya berlaku dengan lancar tiada sebarang masalah, belah perempuan setuju, belah lelaki tiada masalah, maka berkahwinlah pasangan mempelai.

Tetapi.. seandainya pula berlaku masalah.

Mampu membuatkan sang arjuna dalam dilema. Termenung sendirian memikirkan masa depan. Bukan kerana tiada pasangan, tapi hati tertarik kepada dua insan.

Lalu rasional dan perasaan itu mula bermain. Kadangkala ia melanda bak ombak membadai, kadangkala pula ia tenang setenang air tasik Darulaman, sehinggakan sang arjuna tiada berbekas perasaan di lubuk sanubari.

Ceritanya bermula pabila..

Hati sang arjuna kesepian lalu memerlukan perhatian, malangnya yang dicari bukan kasih Tuhan tetapi cinta insan. Lalu bertemulah mereka di laman lakaran pembangunan pendidikan.

Tutup kisah pertama, buka helaian seterusnya..

Bertemu pula sang arjuna dengan iras sang teman. Kata firasat hati dan tenungan mata, masing-masing bergaul membentuk perasaan. Bermula pula kisah kedua.

Dilema Sang Arjuna bermula..

Antara ingin memilih yang mana untuk jadi pasangan pilihan. Seorang yang sama di jalan perjuangan, seorang pula yang sama bidang pendidikan. Dilema Sang Arjuna..

Namun rasional mula berbicara. Mula masuk elemen ingin hidup bertuhan. Istikarah bermula, dahi bersujud meminta kepada yang Maha Esa. Sang Arjuna sayangkan perjuangannya, tetapi tidak sanggup untuk melukakan hatinya. Lalu bermunajatlah sang arjuna cuba untuk mengawal perasaannya. Namun... apakan daya, hatinya rapuh bertimbun dosa. Masih terkenang pada keduanya.

Lalu tekad mula memaksa dirinya, untuk memilih salah seorangnya, andainya boleh dipilih kedua-duanya, namun jauh sekali angan-angannya. Tekad dirinya untuk mendahulukan perjuangannya. Menuju ke maratib amal seperti bingkisan dalam Risalah Taalim, kitab ilmu agung. Bermula daripada Baitul Muslim Haraki. Iya.. haraki.. inshaaAllah jawapan sudah mula pasti. Namun diri sang arjuna masih menanti, takut untuk membuat keputusan sendiri melainkan aturan daripada Illahi. Lalu berdiam diri tindakan yang terakhir. Memanjat doa moga terus diberi kekuatan untuk bertahan. Sehingga Tuhan memberi jawapan.

Dialah pilihan Allah untukku..


No comments:

Post a Comment